Monday, 28 May 2012

video berkumpulan~~rak lestary.


CARA-CARA MEMBUAT RAK LESTARY
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  1.  kertas warna
  2. kotak
  3. pisau
  4. gunting
  5. lidi
  6. surat khabar
  7. botol
  8. pensel pembaris
  9. kertas pelekat
  10. syelek kayu
  11. berus lukisan
  12. gam
  13. gam gajah
  14. kertas pembalut hadiah
  15. pin
LANGKAH 1 : MEMBUAT RAK
  1. Gunting kotak mengikut bentuk rak 
  2. balut kotak tersebut menggunakan kertas pembalut hadiah
  3. buat bahagian rak
  4. tebuk lubang pada tengah-tengah rak dan masukkan bahagian tersebut
  5. buat lubang sebesar duit syiling pada bahagian rak
LANGKAH 2 : MEMBUAT TABUNG
  1. Potong botol separuh daripada ketinggian rak atau sama tinggi dengan bahagian rak
  2. balut botol yang telah dipotong menggunakan kertas pelekat
  3. sapukan bawah botol dengan gam gajah
  4. lekatkan pada rak iaitu dibawah lubang yang sebesar duit syiling
LANGKAH 3 : MEMBUAT BAKUL 
  1. gunting dan gulung surat khabar menggunakan lidi.kemudia cabut semula lidi tersebut.
  2. mulakan dengan menganyam tapak bakul
  3. kemudian , buat bahagian bakul
  4. setelah siap, sapukan dengan syelek kayu
  5. lekatkan bakul di tebing tabung/botol dengan menggunakan gam gajah
LANGKAH 4 : MEMBUAT BUNGA
  1. gunakan tisu untuk membuat bunga
  2. setelah siap, lekatkan pada rak menggunakan pin
LANGKAH 5: LEKATKAN CERMIN PADA RAK
  1. Sapukan belakang cermin dengan menggunakan gam gajah dan lekatkan pada rak.
FUNGSI RAK
  1.  tempat menyimpan/meletakkan alat solek
  2. Berfunsi sebagai tabung
  3. bakul boleh menyimpan benda kecil seperti kerongsang


No comments:

Post a Comment